
Baru-baru ini, pelawak sensasi, Shuk Sahar, mengakui sedang proses untuk cuba memperbaiki kesilapan yang telah dilakukan sebelum ini.
Tunai umrah
Terbaharu, Shuk memuat naik foto sedang melakukan ibadah umrah di Instagram (IG) miliknya. Menerusi hantaran tersebut, pemilik nama Mohammmad Shukri Mohamed Sahar bersyukur kerana berpeluang menjejak kaki di bumi Mekah.
Kata pelakon berumur 36 tahun itu, dia ingin melupakan urusan dunia dan memberi fokus kepada ibadah.
View this post on Instagram
Alhamdulillah aku sampai. Doakan aku dapat lupakan sekejap urusan dunia yang tak akan pernah habis ya Allah.
Menjengah di ruangan komen, rakan artis dan pengikut meninggalkan kata-kata positif dan mendoakan agar Allah SWT permudahkan urusan bekas pengacara program I Can See Your Voice itu.
Saling balas komen
Sementara itu, wanita yang dikaitkan dengan kontr0versi rumah tangga Shuk dan isteri, Rossalennah Natassyiah Asshafera, iaitu Fara Salleh turut meninggalkan komen.
Alhamdulilah finally (emoji bunga ros).
Bekas penyampai radio itu juga dilihat membalas balik komen terbabit.
Terdahulu, isu pergolakan semula rumah tangga Shuk dan Rossa Sera, tular di media sosial berikutan pendedahannya tentang Shuk yang didakwa berlaku curang.
Untuk rekod, Shuk mendirikan rumah tangga dengan Sera pada tahun 2015 dan dikurniakan dua cahaya mata perempuan.
Sumber: Instagram @shuk_sahar
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Koleksi Viral
Sumber : https://ohbulan.com/
Leave a Reply