
Membuat kebaikan adalah yang dituntut oleh semua agama di dunia ini. Berbuat baik sesama manusia, memberi pertolongan kepada yang memerlukan merupakan apa yang diajar oleh guru dan ibu bapa kita sejak kecil.
Jika hendak membuat baik, kita tidak perlu memilih agama, bangsa dan warna kulit seseorang itu tetapi hendaklah ditolong jika mereka semua itu memerlukan pertolongan.
Sebuah rakaman video telah dimuatnaik di aplikasi instagram reel apabila seorang guru telah menghadiahkan sebuah beg sekolah yang baru kepada salah seorang muridnya yang amat memerlukannya.
Menurut guru yang baik hati itu, murid itu telah membawa beg sekolah yang lusuh itu buat suatu masa yang lama dan apabila terpandang olehnya, dia ingin membelikan beg sekolah yang baru supaya ianya dapat membangkitkan semangat murid itu untuk lagi rajin menuntut ilmu.
View this post on Instagram
Menjengah ke ruangan komen, ramai warganet yang terharu melihat kebaikan guru itu dan tidak kurang juga yang menitiskan air mata kerana sedih melihat reaksi yang ditujukkan oleh murid itu.
Komen Netizen:
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Koleksi Viral
Sumber : https://www.instagram.com/jentikhati/
Leave a Reply