
‘Setiap hari ucap ‘ i love you’, kalau salah tetap kena.’ Fasha Sandha tegas dalam didik anak
SIAPA yang tak sayang anak kan, lebih-lebih seorang ibu.
Kalau nak manjakan anak boleh, tetapi kenalah berpada-pada. Ada masa buat salah, anak kena marah juga.
Penting kena tegur atau hukum supaya anak-anak tidak naik lemak.
Demikian juga dengan pendekatan pelakon popular, tidak lain tidak bukan ialah Fasha Sandha.
Selain berkongsi tentang karier di laman Instagram, isteri kesayangan Aidil Aziz itu juga sering memuat naik cerita tentang anak-anaknya.
Menerusi satu perkongsian, beliau mengakui tidak mudah untuk mendidik anak-anak.
“Melayan anak-anak yang bermacam ragam. Saya seorang ibu yang tegas.
“Pun demikian, saya manjakan ketiga-tiga anak saya setiap hari,” kongsi Fasha menerusi kapsyennya.
Pada masa yang sama, beliau juga tidak lupa untuk menzahirkan rasa sayang yang dizahirkan melalui ucapan.
“Saya takkan lupa ucapkan ayat i love you pada setiap anak lebih daripada 3 kali setiap hari. Cuma, kalau salah tetap akan kena juga.
Siapa macam saya? Kita geng ok,’” tulis Fasha lagi.
Pelakon drama Dendam Seorang Isteri itu turut memuat naik video beliau memeluk dan mencivm anak-anaknya.
Pun demikian, perlakuan personaliti jelita yang dilihat mencivm bib1r anak lelakinya mengvndang rasa kurang senang.
Cara itu dikatakan kurang manis, sementelah anaknya sudah besar.
Namun, ibu kepada tiga cahaya mata itu dilihat tidak cepat melatah, sebaliknya Fasha mengucapkan terima kasih atas teguran tersebut.
“Baru sembilan tahun, insya-ALLAH akan berhenti apabila anak sudah akil baligh. Terima kasih atas teguran itu,” demikian balas Fasha kepada komen warga maya.
Respons yang diberikannya juga mengvndang perhatian. Rata-rata memuji sikapnya itu
Memetik kenyataan warga maya:
“Bagusnya Fasha. Terima teguran dengan baik.”
“Humble dan terbuka. Ibu yang baik. Boleh terima teguran orang dan balas dengan adab. Bagus Fasha.”
“Alhamdulillah Fasha seorang yang boleh menerima teguran.”
SinarPlus bersetuju dengan cara Fasha mendidik anak-anak.
Memang tidak cukup hanya mempamerkan kasih sayang, kena juga disertai dengan ucapan.
Sebab itu ayat i love you atau saya sayang kamu sangat penting dalam setiap hubungan. Baik kepada pasangan mahupun anak-anak.
Sumber: Instagram Fashasandha
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Koleksi Viral
Sumber : https://sinarplus.sinarharian.com.my/
Leave a Reply