[VIDEO] “Kau Lagi Bijak Dari Menteri Dik..” – Idea Mencipta Pengering Kasut Oleh Kanak-Kanak Ini, Disambut Positif Oleh Orang Ramai.

Tidak semua yang berkebolehan dalam mencipta sesuatu produk berkenaan teknologi. Malah, setiap idea yang ingin dicipta haruslah berbaloi dan baik untuk kegunaan orang ramai. Siapa sangka, kanak-kanak kecil yang bersekolah rendah ini juga mampu menghasilkan idea yang bernas.

Menerusi satu perkongsian video yang dikongsikan di tiktok milik aniezahari, dimana beliau memuat naik video seorang pelajar bersama rakan sekumpulannya membuat ‘presention’ berkenaan ciptaan yang direka oleh mereka.

Sekumpulan kanak-kanak ini mencipta kotak pengering kasut menggunakan ‘hairdryer’ terpakai. menurut kanak-kanak ini, bagaimana terdetiknya pemikiran untuk mencipta pengering kasut ini kerana sekarang merupakan musim hujan dan hal ini sangat memudahkan setiap orang terutamanya pelajar, untuk mengeringkan kasut mereka.

Video:

@aniezahari

Inovasi Pengering Kasut #wr_wi #raub #inovasipendidikan #inovasiteknologi #inovasi #sk

♬ original sound – Mizz Anie – Mizz Anie

Tidak dinafikan, idea kanak-kanak ini sangat bernas kerana ramai yang tidak terfikir untuk membuat produk seperti ini. Malah kalau zaman dahulu, sekiranya kasut basah, hanya menyumbat surat khabar dan letakkan kasut tersebut di belakang peti ais sahaja.

Komen Netizen:

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Koleksi Viral

Sumber : https://newzfest.com/

Apa Kata Anda?

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*