
SETIAP perhubungan sama ada pasangan bercinta atau yang sudah berumah tangga, pasti tidak terlepas daripada menghadapi pelbagai ujian.
Berg4duh, mer4juk, atau tidak bertegur sapa selama beberapa ketika sudah menjadi perkara biasa.
Dalam hal ini, salah seorang daripada pasangan itu perlu memainkan peranan penting untuk memujvk dan mengambil kembali hati si kekasih, sebagaimana kisah yang dikongsikan oleh seorang lelaki ini di aplikasi TikTok.
Menerusi video yang dimuat naik, lelaki yang dipercayai bekerja sebagai penghantar makanan (rider) itu berkongsi kisah lucu yang dilaluinya baru-baru ini.
Daripada perkongsian tersebut, salah seorang pelanggannya membuat pesanan minuman dari sebuah kedai kopi terkenal dalam usaha untuk memvjuk kekasih hati yang sedang merajvk.
Dalam pesanan itu, pelanggan berkenaan turut meminta barista untuk menulis permohonan maaf pada cawan minuman.
“Tolong tuliskan sorry dekat cup, dia tengah mer4juk tanpa sebab. Saya pun tak faham. Tak ada g4duh, tak ada apa tiba-tiba senyap, salah saya kot tak memahami,” tulisnya pada sistem pesanan secara dalam talian.
View this post on Instagram
Rider berkenaan turut tidak menyangka apabila melihat ‘ayat sweet’ pada bungkusan pesanan.
Namun apa yang lucu, ketika rider berkenaan mahu mengambil pesanan pelanggan tersebut, dia sendiri tidak menyangka apabila melihat ayat yang ditulis oleh barista kedai kopi berkenaan pada bungkusan minuman.
“Awak janganlah mer4juk, hidup saya sunyi tanpa awak. Jika kau jauh, aku selalu rindu. Jika kau ada, hati kan berbunga,” demikian ayat yang ditulis pada bungkusan pesanan itu.
Meninjau ruangan komen, rata-rata netizen turut terhibur membaca kata-kata sweet barista berkenaan.
Ada segelintir daripadanya turut memuji barista tersebut kerana seakan-akan memahami situasi pelanggan yang mahu memvjuk kekasih.
“Romantiknya, boleh hilang terus mer4juk.
“Barista know the assignment, karangan terus dia buat. Nasib ada barista yang melayan, memang baik lah!
Rata-rata netizen memuji barista yang ‘melayan’ permintaan pelanggan.
“Paling memahami situasi. Dia minta tulis sorry je, kalau diorang berbaik semula, itu sebab kau (barista),” demikian antara komen netizen.
Sehingga kini perkongsian tersebut meraih lebih 711,000 jumlah tontonan.
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Koleksi Viral
Sumber : https://www.mstar.com.my/
Leave a Reply