Belum bertudung sepenuhnya, Netizen doakan Lia Natalia teruskan imej berhijab – ‘Doakan saya diberikan kekuatan hidayah’

Pelakon, Lia Natalia tampil memberi penjelasan mengenai penampilan baru yang dikongsikan di Instagram (IG) sempena ulang tahun kelahirannya yang ke-30.

‘Keinginan itu sentiasa ada’

Menurut Lia, foto berhijab yang dikongsikan itu adalah ketika dia menghadiri majlis ilmu yang dianjurkan oleh pelakon dan pengacara, Noor Neelofa sekali gus menolak anggapan orang ramai bahawa dirinya sudah bertudung.

Saya belum bertudung sepenuhnya, tapi keinginan itu sentiasa ada. Nak bertudung tapi saya tak mahu perubahan itu dilakukan kerana saya mengikut trend atau fesyen serta melihat kawan-kawan bertudung.

Saya nak keputusan bertudung ini biarlah muktamad dan selama-lamanya. Tetapi buat masa ini saya belum bersedia ke arah itu.

Dalam pada itu, pelakon drama Setelah Ku Dimiliki meluah rasa terharu apabila ramai yang mendoakan agar dirinya berhijab. Malah, ada juga di antara mereka yang memuji penampilannya itu.

Saya menerima banyak komen positif daripada peminat. Malah ramai juga yang minta saya teruskan dengan imej berhijab ini.

Doakan semoga saya diberikan kekuatan dan hidayah. Saya juga sedar yang memakai tudung ini adalah wajib bagi menutup aurat.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by 𝐋 𝐈 𝐀 𝐍 𝐀 𝐓 𝐀 𝐋 𝐈 𝐀 (@lia_natalia)

Sumber : Harian Metro

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Koleksi Viral

Sumber : https://ohbulan.com/

Apa Kata Anda?

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*