“Dia Masih Bagi Nafkah, Jumpa & Video Call Anak-Anak” – Puteri Sarah

Meskipun kemelut rumah tangga Puteri Sarah dan suaminya, Syamsul Yusof masih lagi menjadi tanda tanya, namun aktres itu dilihat tetap kuat meneruskan kehidupannya seperti biasa.

Memetik Xtra, Puteri Sarah enggan mengulas mengenai status hubungannya dengan Syamsul namun berkongsikan suaminya itu tetap menjalankan tanggungjawab termasuk memberi nafkah.

“Dia masih jumpa dan video call anak-anak dan dia masih jalankan tanggungjawabnya bagi nafkah,” katanya.

Kongsi Puteri Sarah lagi, suaminya itu turut meluangkan masa bersama anak-anak lebih-lebih lagi ketika dia sibuk menjalani penggambaran.

Menurut Sarah, setiap hujung minggu dia akan membawa kedua-dua anaknya berjumpa dengan keluarga mentua, Datuk Yusof Haslam dan Datin Patima dimana suaminya juga berada di sana untuk berjumpa anak-anak.

“Saya gembira bila dia luangkan masa dan berjumpa dengan anak-anak. Kadang-kadang kami bergilir untuk jaga anak. Dan bila saya ke rumah mertua bersama anak-anak, Syamsul juga akan ada disana untuk berjumpa anaknya,” katanya.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Koleksi Viral

Sumber : https://www.rotikaya.com/

Apa Kata Anda?

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*