
Pelakon, Riena Diana mended4hkan bahawa dia bakal berkahwin dengan teman lelakinya, Nik Afiq pada tahun depan. Namun begitu, dia dan kekasihnya itu masih belum menetapkan tarikh rasmi bagi hari bahagia mereka.
Riena Diana bakal berkahwin?
Menurut Riena, mereka sudah mengenali hati budi masing-masing selama hampir empat tahun dan ingin membawa hubungan itu ke fasa yang lebih serius.
Selepas hampir empat tahun mengenali hati budi, kami ingin membawa hubungan ini ke fasa seterusnya. Jadi kami merancang untuk menamatkan zaman bujang pada tahun depan.
Doakan semoga perancangan ini dipermudahkan dan berjalan dengan lancar.
Ujarnya lagi, setakat ini masih belum ada sebarang persiapan dilakukan kerana majlis perkahwinan bakal diadakan pada hujung tahun depan.
Belum ada sebarang persiapan tetapi lebih kepada mengenali hati budi keluarga belah teman lelaki.
Dalam pada itu, pelakon berusia 25 tahun ini menyatakan bahawa hubungannya bersama keluarga teman lelaki sangat rapat serta sering bertemu.
Alhamdulillah, saya dengan keluarga Nik sangat rapat. Kami selalu bertemu sebab keluarganya menetap di Melawati saja.
Sumber : Harian Metro
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Koleksi Viral
Sumber : https://ohbulan.com/
Leave a Reply