Gelagat Jebat Jayden kemas rumah sambil buat dialog tentang semut, lalat bikin warga maya terhibur. Lucu betul! – Sinar Plus

SIAPA yang tidak kenal dengan si kecil bernama Jebat Jayden, anak tunggal kepada Sharnaaz Ahmad dan juga Noor Nabila.

Setiap kali videonya dipaparkan menerusi media sosial pasti mengundang tumpuan.

Apatah lagi, sebutannya yang masih pelat itu membuatkan ramai terhibur.

Terbaharu, gelagat Jebat dimuat naik menerusi Instagram, Nooorintanz. Menerusi hantaran tersebut, beliau dilihat sedang membersihkan rumah.

Katanya, ruang di dalam rumah perlu bersih, barulah tiada lalat dan semut. Cara si kecil itu menyebut yayat (lalat) membuatkan ramai geli hati.

“Jayden cakap biar bersih supaya yayat (lalat) dan semut tiada. Sekarang ini, Jayden tengah bercerita kisah ‘yayat’ dan semut yang akan berpindah memandangkan rumahnya sudah bersih dan kemas.

“‘Yayat’ ajak semut ajak duduk di rumah hutan ( Pulau Pangkor ) kerana di sana ada ayam. Jadi, ‘yayat’ banyak di sana,” ujar Noorintanz lagi menerusi kapsyennya.

Pada masa sama, cara Jebat bercerita dan menyusun dialog sendiri seolah-olah dirinya itu ialah lalat dan semut cukup kelakar.

Biarpun baru berusia empat tahun, namun kreativiti dan imaginasi Jebat mengundang rasa kagum warga maya.

Video yang berdurasi lebih kurang satu minit itu turut menerima pujian ramai sehinggakan ada yang mengatakan Jebat mewarisi bakat lakonan ayahnya.

VIDEO;

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Niz Nm (@noorintanz)

Berikut komen warga maya:

“Pandai berlakon macam baba.”

“Banyak idea Jebat ni. Siap ada dialog lalat dengan semut.”

“Bagus Jebat membahasakan diri saya apabila bercakap walaupun bermonolog.”

“Bijak lah jebat ni. Penuh imaginasi.”

“Boleh buat buku cerita lalat dan semut. Terbaik Jebat Jayden.”

‘Bijak Jebat main peranan. Tinggi artistiknya.”

“Bagus daya imaginasi Jebat. Berbakat si comel ni.”

Untuk rekod, Sharnaaz berkahwin dengan Noor Nabila Mohd Noor pada 31 Mac 2017. Hasil perkongsian hidup, lahirnya Jebat Jayden Ahmad pada 30 Ogos 2018.

Pun begitu, ikatan perkahwinan tersebut tidak kekal lama apabila pasangan tersebut mengambil keputusan untuk berp1sah pada 9 Julai 2020.

SinarPlus yang dengar pun terhibur. Memang lucu si Jebat ini, ada sahaja gelagatnya yang mengundang tumpuan ramai.

Patutlah, setiap kali videonya dimuat naik dalam media sosial, tidak sah kalau tidak viral. Part paling suka dengar adalah pelatnya itu.

Sumber: Instagram Noorintanz

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Koleksi Viral

Sumber : https://sinarplus.sinarharian.com.my/

Apa Kata Anda?

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*