Nama Hikayat Putera Syazlan Melekat, Fimie Don Terima Krit1kan Tak Layak Bawak Watak Dewasa

Pelakon Fimie Don mendedahkan bahawa terdapat peminat yang masih memanggilnya dengan gelaran Hikayat Putera Syazlan meskipun drama berkenaan sudah lama ditamatkan sejak 12 tahun lalu.

Nama Hikayat Putera Syazlan masih ‘melekat’

Menurut Fimie, transisi daripada fasa remaja ke fasa dewasa adalah paling sukar terutama bagi dirinya yang sudah bergelar pelakon sejak dari kanak-kanak lagi.

Dia macam Harry Potter. Sampai hari ini orang panggil Daniel Radcliff sebagai Harry Potter. Sama juga dengan saya sampai sekarang orang panggil saya Hikayat Putera Syazlan.

Walau bagaimanapun, pelakon berusia 24 tahun ini tetap bersukur kerana masih lagi ‘diterima’ dalam industri seni dan mengambil peluang untuk belajar dalam bidang lakonan.

Alhamdulillah, agak sukar untuk berada dalam posisi saya yang masih ada job. Tapi saya ambil kesempatan dalam fasa sukar itu untuk belajar lebih lagi dalam bidang lakonan.

Ujarnya, dia kerap menerima kritikan daripada penonton yang mengatakan bahawa dia tidak sesuai untuk membawa sesetengah watak dewasa kerana wajahnya kelihatan masih muda.

Ada juga komen yang kata saya tak sesuai bila bawak watak dewasa. Kadang-kadang terasa juga. Muka saya agak tak sesuai jadi adult sebab agak baby face.

Tahun ini, saya pernah bawa watak yang tak sesuai dengan usia dan saya rasa saya dah jayakan watak berkenaan dengan baik.

Sumber : Gempak

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Koleksi Viral

Sumber : https://ohbulan.com/

Apa Kata Anda?

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*