[Video] Pernah viral ketika banjir, pemuda ini akhirnya dapat beli townhouse! Paling bahagia boleh bawa mak ayah tinggal bersama

REZEKI tak pernah salah alamat.

Perumpamaan itu sesuai untuk menggambarkan kisah seorang anak muda bersama keluarganya yang kini berjaya memperoleh sebuah rumah kediaman mampu milik di Taman Impian Emas, Johor.

Mana tidaknya, di saat jiran sekampung berjaya berpindah dan memiliki rumah baharu, mereka sekeluarga masih kekal di lokasi yang sama.

Bercerita kepada mStar, Muhammad Faris Sulaiman berkata, sekitar 25 tahun lalu, kerajaan negeri ada melaksanakan pembangunan semula di kawasan perkampungannya, Kampung Laut.

Disebabkan itu, penduduk terlibat dipindahkan ke flat yang baru dibina bagi menikm4ti kehidupan yang lebih selesa.

Bagaimanapun, pada masa itu, keluarganya tidak berjaya memperoleh unit dan terpaksa kekal di kediaman asal.

Malah sepanjang tempoh mendiami kawasan berkenaan, rumah mereka sering dilanda banjir dan paling tervk berlaku pada Januari 2021.

Keadaan banjir yang melanda rumahnya tahun lalu.

Keadaan banjir yang melanda rumahnya tahun lalu.

“Mak dan ayah merupakan insan yang paling gembira kerana saya dapat membeli rumah baharu yang jauh lebih selesa.

“Sebelum ini mereka pernah mohon, tetapi tak dapat kerana faktor gaji dan sebagainya,” ujarnya yang kini memiliki rumah jenis townhouse.

Menurut pemuda berusia 26 tahun itu lagi, paling menggembirakan apabila lokasi baharu itu juga terletak berhampiran dengan flat Kampung Laut sekali gus membolehkannya sekeluarga bertemu dengan jiran-jiran lama.

Baginya, walaupun terpaksa mengharungi banjir setiap tahun, dia amat bersyukur kerana penantian tersebut akhirnya membuahkan keselesaan.

“Saya rasa bersyukur, Allah tak bagi rezeki untuk dapat rumah yang lama sebab nak bagi rezeki yang lebih baik sekarang.

“Kami sekeluarga akan tinggal bersama-sama di rumah baharu ini dan mungkin inilah salah satu caranya untuk saya membalas jasa kedua orang tua yang bersusah payah membesarkan saya sebelum bertemu jodoh.

“Lagipun saya memang memasang hasrat untuk melengkapkan diri terlebih dahulu sebelum berkahwin,” kongsinya.

Rumah townhouse yang berjaya dibelinya.

Rumah townhouse yang berjaya dibelinya.

Bercerita tentang rumah baharunya itu, ujar Muhamad Faris, selepas banjir besar melanda pada Januari 2021, dia terus membuat permohonan di bahagian perumahan negeri Johor.

Tanpa diduga, selepas tempoh seminggu dia dihubungi semula menyatakan permohonan diterima.

“Pihak SUK perumahan meminta saya membuat pilihan jenis rumah sebelum meneruskan permohonan.

“Proses yang dijalankan kira-kira setahun dan pada tahun ini saya sudah berjaya mendapatkan kunci,” luahnya gembira.

“Saya buat permohonan rumah dan jadikan artikel mStar sebagai dokumen sokongan,” tambahnya.

Video:

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by mStar (@mstaronlineofficial)

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Koleksi Viral

Sumber : https://www.mstar.com.my/

Apa Kata Anda?

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*