
Ibu kepada selebriti popular Neelofa iaitu Datin Noor Kartini berangkat ke tanah suci Makkah bagi mengerjakan ibadah Umrah bersama anak perempuannya Ameera Khan.
Berkongsi berita tersebut di laman Instagram, Kartini memohon maaf seandainya mempunyai salah dan dalam masa sama meminta orang ramai untuk mendoakan agar ibadah Umrahnya dipermudahkan.
“Dengan nama Allah yang maha pengasih dan maha penyayang, saya bersama anak saya little miss khan (Ameera) akan menunaikan umrah.
Jika ada salah silap tutur kata atau perbuatan yang menyinggung sesiapa sahaja kami mohon maaf, dan doakan perjalanan dan ibadah kami, sayang semua,” tulisnya pada kapsyen
View this post on Instagram
Dalam pada itu, Noor Kartini turut berkongsi beberapa keping foto bersama Ameera di Instagram miliknya buat tatapan umum.
Pun begitu, apa yang menarik perhatian wargamaya adalah posisi Ameera di dalam perkongsian tersebut yang membelakangi kamera sehingga tidak menampakkan wajahnya.
Menjengah ke ruangan balas, segelintir netizen mempersoalkan tindakan Ameera berbuat demikian. Malah ada juga yang meluahkan rasa rindu untuk mendengar gelak tawa daripada Ameera.
Komen Netizen:
Terdahulu, timbul persoalan dalam kalangan peminat apabila Ameera secara tiba tiba menghilangkan diri dan bertindak menyahaktif akuan Instagramnya sehingga kini.
Sementara Neelofa menerusi satu sidang media berkata, adiknya itu berada dalam keadaan baik dan sedang berehat untuk memberi masa buat dirinya mencari haluan diri.
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Koleksi Viral
Sumber : https://gempak.com/
Leave a Reply