[VIDEO] Anak Perempuan Hairul Azreen & Hanis Zalikha Masuk Hospital – “Mommy Dia Jaga Dengan Penuh…”

Perkongsian pasangan selebriti Hairul Azreen dan isterinya Hanis Zalikha mengenai kehidupan mereka bersama anak-anak sentiasa menarik perhatian netizen di laman sosial.

Terbaharu, video yang dikongsikan Hairul di TikTok miliknya memperlihatkan isterinya menjaga dan menguruskan anak perempuan mereka, Alisa Aisyah yang tidak sihat menerima pujian ramai.

Menerusi video berdurasi lebih satu minit itu, Hanis menjaga Alisa yang dir4wat di sebuah pusat perub4tan disebabkan berdepan masalah kesihatan.

“Alisa demam, Mommy dia jaga dengan penuh kasih sayang,” tulis Hairul secara ringkas di perkongsian tersebut.

Rata-rata netizen memuji Hanis sebagai seorang ibu dan menjadikan usahawan wanita itu sebagai inspirasi dalam menjaga anak-anak.

Selain itu, mereka juga mendoakan agar anak kedua kepada pasangan itu diberikan kesembuhan dengan cepat.

“Setiap hari cuba perbaiki diri untuk jadi ibu sebaik Hanis tapi tiap hari tu juga kesabaran diuji dengan ragam anak-anak. Lepas tu ibu menangis sendiri.

Video:

@hairul_azreen88

Alisa demam Mommy dia jaga @Hanis Zalikha Dgn penuh kasih sayang, 😍

♬ Buah Hati – Armada

“Tahniah korang, berjaya jadi ibu bapa impian semua kanak-kanak, bertuah Yusuf dan Alisa. Semoga aku juga boleh jadi mak yang baik sampai bila-bila.

“Aunty doakan anak manja mama papa awak sihat waafiat dan dipermudahkan segala urusan keluarga,” komen beberapa netizen.

Untuk info, Hairul mendirikan rumah tangga dengan Hanis pada 5 Jun 2015 dan dikurniakan dua cahaya mata iaitu Yusuf Iskandar dan Alisa Aisyah.

Komen Netizen:

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Koleksi Viral

Sumber : https://gempak.com/

Apa Kata Anda?

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*