Sedih Tengok Orang Islam Sambut Krismas – Rozita Che Wan

Setiap tahun mesti akan timbul isu yang melibatkan individu beragama Islam menyambut perayaan Krismas atau Hari Natal pada 25 Disember.

Sedih tengok orang Melayu acah jadi orang putih

Menerusi hantaran di Instagram Stories, pelakon Rozita Che Wan, 49, meluahkan rasa kecewa dengan sikap orang Melayu yang terikut-ikut dengan budaya luar.

Rozita atau lebih mesra disapa Che Ta akui sedih melihat orang Islam bangga menyambut perayaan Krismas meskipun agama melarang.

Sedihnya bila tengok orang Melayu ini acah-acah nak jadi orang putih (mat saleh), sambut Krismas, main-main dengan anjing walaupun beragama Islam!

Dalam pada itu, pemilik nama Rozita Abu Bakar turut menitipkan doa agar individu terbabit diberikan hidayah untuk kembali ke pangkal jalan.

Sebelum ini, penyanyi Nourul Depp dikecam netizen kerana menyambut Krismas di rumahnya yang terletak di Bali, Indonesia.

Tampil mempertahankan diri, Nourul berkata dia sekadar ingin menggembirakan hati kedua mentuanya biarpun tidak lagi terlalu mengamalkan ajaran Kristian.

Sumber: Instagram @rozitachewan1

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Koleksi Viral

Sumber : https://ohbulan.com/

Apa Kata Anda?

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*