[Video] Berjumpa Dalam ‘Tuk Tuk,’ Kisah Wanita Kahwin Lelaki Korea Jadi Tumpuan.. Dah Macam Dalam K-Drama

Bagai bulan jatuh ke riba! Itulah perumpamaan yang paling sesuai untuk menggambarkan kisah seorang wanita apabila berkahwin dengan lelaki Korea Selatan yang dianggap seperti babak dalam drama.

Kenal ketika bercuti di Bangkok

Menerusi video yang dimuat naik oleh wanita berkenaan dikenali sebagai Dea Sardiyana di TikTok dan Instagram, berkongsi detik-detik perkenalannya bersama suami, Kim Seung-Woo. Difahamkan, pertama kali Dea bertemu dengan Seung-Woo ketika bercuti ke Bangkok pada 2015.

Kim sedang bercuti di Kemboja bersama rakan-rakannya tapi terpaksa pulang awal. Dia terpaksa ke Thailand kerana perlu naik kapal terbang di Bangkok.

Saya ketika itu sedang bercuti di Vietnam tapi batalkan perjalanan bersama rakan ke Hanoi. Jadi, saya tukar destinasi ke Kemboja.

Tambahnya lagi, dia ingin meneruskan percutiannya ke Bangkok secara bersendirian. Namun, selepas menaiki ‘tuk tuk’ iaitu kenderaan awam beroda tiga, dia bertemu dengan seorang lelaki korea yang kini suaminya berada dalam kenderaan berkenaan.

Ketika itu, Seung-Woo membelikan Dea makanan tetapi dia takut untuk memakannya. Hendak dijadikan cerita, sebaik tiba Dea sesat dan dibantu oleh Seung-Woo. Oleh kerana ingin menuju ke stesen yang sama, mereka membuat keputusan untuk menaiki teksi bersama-sama.

Jadi kami menaiki teksi bersama-sama selama 5 hingga 10 minit. Di stesen, kami bergambar bersama, tukar ID Line dan ucap terima kasih serta selamat tinggal.

Peluk Islam pada 2018

Kemudiannya perbualan mereka semakin rancak dan berterusan dalam atas talian. Dea meluahkan rasa terkejut kerana Seung-Woo menunjukkan kesungguhan sehingga sanggup datang ke Indonesia untuk bertemu dengannya selama sebulan.

Selepas bercinta pada 2016, hubungan mereka direstui oleh ahli keluarga kedua-dua belah pihak.

Seung-Woo membuat keputusan untuk berpindah ke Indonesia pada 2018 untuk memeluk agama islam dan bekerja di sebuah syarikat Korea Selatan di Jakarta. Akhirnya mereka membuat keputusan untuk berkahwin pada 2019.

Video:

@kimdeaa

Dari awal kenal tahun 2015 di bus Kamboja-Thailand, dari Omkim gak bisa Bahasa Indonesia, LDRan terus, kita menikmati prosesnya .. semoga kita selalu happy ya ❤️ #omkimdandea #koreanindonesiancouple

♬ Sempurna – DENII

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by DEA KIM (@kimdea18)

Sumber : Wolipopkimdea18kimdeaa

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Koleksi Viral

Sumber : https://ohbulan.com/

Apa Kata Anda?

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*