Netizen sebak tengok ‘handle’ anak seorang diri, Rita Rudaini akan tuntut di akhirat – “Sebesar kuman saya tak halalkan”

PELAKON Rita Rudaini tidak dapat menahan sebak ketika menghantar anak sulungnya, Airit Rayyan Rizqin, 14, pulang ke sekolah berasrama selepas cuti penggal akhir tahun berakhir pada 3 Januari lalu.

Rita atau Rita Rudaini Mokhtar, 47, sayu mengucapkan selamat tinggal kepada Rayyan sambil memberitahu dia dan anak bongsunya, Airit Qaqa Arjuna, 12, bakal merindui Rayyan sepanjang berada di asrama.

“Selamat tinggal Rayyan. Mommy dan adik sedih,” katanya.

Rita berkongsi perkara itu menerusi sebuah video yang dimuat naik di Instagram miliknya.

rita1 - 1

Rita bersama Rayyan dan Arjuna.

Menjengah ke ruang komen, rata-rata netizen sebak melihat pengorbanan Rita membesarkan dua anaknya itu sampai ada di antara pengikutnya mengungkit kehidupan mereka tanpa bapa di sisi iaitu, pemain bola sepak, Aidil Zafuan.

Membalas komen netizen yang memetik nama Aidil, Rita memberitahu dia tidak akan menghalalkan apa yang dilakukan bekas suami dan keluarganya terhadap mereka tiga beranak.

@ritrud727

Sunyi laa mommy n adik mlm ni 🥲

♬ original sound – Rita Rudaini – Rita Rudaini

Kata Rita, mereka akan menuntut balasan ‘di sana’ kerana menganggap perbuatan yang dilakukan terhadap mereka sangat kej4m.

“Biarkan mereka seronok di dunia, sebesar kuman saya tak halalkan apa dia dan keluarga dia termasuk yang bersubahat buat pada kami tiga beranak.

“Kami tunggu ‘di sana’ sahaja. Apa yang mereka buat ini terlalu kejam. Orang luar tak tahu cerita-cerita dalam,” ujarnya.

rita2 - 1

Rita sudah bergelar ibu tunggal selama 10 tahun.

Dalam pada itu, ramai turut memuji aktres itu yang disifatkan sebagai tabah mendidik anak-anak sebagai seorang ibu tunggal.

“Tahniah Rita. Terus kuat, awak seorang ibu yang hebat. Semoga Allah sentiasa melindungi kehidupan awak sekeluarga.

“Kita pula yang sebak, faham sangat jadi ibu tunggal yang bela anak-anak sendiri sampai besar,” tulis netizen.

Untuk rekod, Rita dan Aidil berkahwin pada 2008 namun pasangan itu bercer4i pada September 2013.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Koleksi Viral

Sumber : https://www.mstar.com.my/

Apa Kata Anda?

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*