
Sudah semestinya sesebuah majlis keramaian atau perkahwinan tidak sah kalau tiada orang di belakang tabir yang membantu melancarkan majlis seperti membasuh pinggan mangkuk dan gelas yang digunakan oleh tetamu yang sudah menjamu selera.
Mereka semua ini adalah hero yang tidak didendang dalam sesebuah keramaian. Biasanya orang yang berada di belakang tabir ini selalunya ahli keluarga lelaki atau kawan-kawan lelaki yang membanting tulang membantu tanpa mengharapkan wang ringgit.
Tapi tahukah anda apa rintangan yang paling ketara kepada mereka ini? Kesan lipstik pada gelas, ianya adalah salah satu kesan yang paling susah untuk ditanggalkan seperti rakaman video yang dimuatnaik ini yang memperlihatkan seorang pemuda tengah menyental kesan lipstik pada satu gelas di sebuah majlis keramaian.
Bukan sahaja warnanya merah menyala tetapi kesan lipstik itu begitu kuat sehingga dibersihkan dengan berus pinggan berkali- kali tapi masih kelihatan dan gelagat pemuda itu yang membasuh sambil membebel kepada wanita yang meninggalkan lipstik itu membuatkan warganet tergelak.
View this post on Instagram
Ketika diterjah ke ruangan komen, ramai warganet yang terkeju kerana kesan lipstik itu tidak tertanggal walaupun disental dengan kuat dan tidak kurang juga yang memberi tips untuk menanggalkan kesan lipstik itu kepada pemuda tersebut.
Komen Netizen:
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Koleksi Viral
Sumber : https://www.instagram.com/kongsi.viral/
Leave a Reply