Syamsul Yusof minta dua isteri bertenang, ini reaksi Puteri Sarah… “Malunya, Syaikhul dan Sumayyah dapat ayah macam ni”

KEMELUT rumah tangga antara pelakon Puteri Sarah Liyana dan suami iaitu Syamsul Yusof nampaknya belum berakhir kerana masing-masing dilihat saling membalas kenyataan di media sosial.

Sarah atau Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin, 38, berkata, dia cuba untuk tidak memberikan reaksi terhadap perkara yang sudah berlaku, namun terpaksa bersuara kerana ingin menyatakan rasa kec3wa bagi pihak keluarga.

“Orang jahil akan serlahkan kejahilannya. Walaupun dia disangka berilmu. Saya cuba untuk tidak memberikan reaksi kerana semuanya sudah berlaku.

sr1 - 1

Kenyataan yang dibuat oleh Puteri Sarah di Instastory.

“Tetapi saya rasa bertanggungjawab untuk memberitahu bahawa saya berasa kec3wa dan malu bagi pihak anak-anak serta keluarga,” katanya.

Sarah berkongsi perkara itu menerusi hantaran yang dimuat naik di Instastory miliknya pada Selasa.

Perkongsian Sarah itu dipercayai merujuk kepada kenyataan yang telah dibuat oleh Syamsul Yusof sebelum ini.

Terdahulu, Syamsul meminta dua isterinya iaitu Puteri Sarah dan Ira Kazar bertenang dan banyakkan bersabar berdepan ujian hubungan mereka.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Syamsul Yusof (@syamsulyusoffilm)

Pengarah filem Mat Kilau itu turut memuat naik foto perkahwinannya bersama kedua-dua isteri.

Sementara itu, Sarah memohon agar Syamsul tidak lagi meny4kiti hati anak-anak dan berfikir dahulu sebelum membuat sebarang hantaran di media sosial.

Ini kerana Syaikhul dan Sumayyah sedang membesar dan terded4h dengan penggunaan telefon pintar.

“Syaikhul dan Sumayyah sedang membesar dan saya tidak boleh sorok mereka daripada telefon pintar.

“Jangan sesekali meny4kiti hati dan perasaan anak-anak. Berfikirlah sebelum membuat sebarang hantaran.

“Malunya ya Allah, Syaikhul dan Sumayyah dapat ayah macam ni,” katanya.

sr2 - 1

Sarah mohon Syamsul memikirkan soal perasaan anak-anak.

Untuk rekod, Syamsul dan Sarah berkahwin pada 8 Mac 2014 dan hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Syaikhul Islam, 6, dan Sumayyah, 4.

Pada Jumaat lalu, Syamsul membuat kejutan apabila mengumumkan telah bernikah dengan Ira Kazar di Thailand dan berwakil walikan ayahnya, Kazar Saisi.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Koleksi Viral

Sumber : https://www.mstar.com.my/

Apa Kata Anda?

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*