Tak serius nak kahwin, entah kenapa terpikat pula dengan pemuda Twitter! Wanita terus naik pelamin, terpaksa potong ‘queue’ kawan lain

BENARLAH, jodoh itu rahsia Tuhan.

Bermula dengan ‘mengiklankan’ diri secara suka-suka di Twitter, siapa sangka wanita ini akhirnya ditakdirkan bertemu jodoh menerusi laman sosial itu.

Berkongsi cerita dengan mStar, wanita yang hanya mahu dikenali sebagai Aunie berkata, segalanya bermula apabila dia menyahut cabaran rakan-rakannya supaya mengiklankan diri di @TwtJodohMY, akaun Twitter yang sinonim sebagai medium untuk mencari jodoh.

twitter 4

“Saya buat posting tu sekitar Mac tahun lepas. Jujurnya waktu itu saya tak serius nak cari jodoh, sekadar suka-suka selepas kawan-kawan cabar suruh letak dekat situ.

“Ramai juga yang DM respons kepada tweet saya termasuk suami. Suami saya DM sehari selepas tweet itu. Tapi saya balas DM mereka dan beritahu perkara sebenar yang saya tak serius sangat.

“Tapi bermula dari situ, saya dan suami mula berkawan. Niat saya memang nak berkawan saja. Tapi lebih seronok, suami seorang yang g1la-g1la dan sama karakternya dengan saya. Itu membuatkan kami mudah serasi,” ujar wanita berusia 28 tahun dari Bandar Baharu, Kedah ini.

Menurut Aunie, dia dan suaminya yang hanya mahu dikenali sebagai Fikri pertama kali bertemu pada Ramadan tahun lalu iaitu selepas kira-kira dua bulan berkenalan.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by mStar (@mstaronlineofficial)

Perkenalan Aunie dengan suaminya bermula selepas dia memuat naik hantaran mencari jodoh di Twitter.

Tambah wanita ini, disebabkan ‘sekepala’, hubungan persahabatan mereka menjadi ‘kamceng’ malah mereka mempunyai persamaan iaitu gemar meneroka tempat makan yang baharu.

“Sebenarnya dalam tempoh berkawan, suami ada je beri hint tapi saya lebih selesa berkawan. Saya lebih sayangkan persahabatan kami.

“Tapi pada September barulah saya membuka pintu hati untuk menerimanya. Saya beritahu, kalau benar-benar serius, datanglah bertemu keluarga.

“Dia datang jumpa keluarga saya, dan saya juga bertemu keluarganya di Jerlun. Pada 25 September, kami bertunang.

twitter 3

Pasangan ini mengikat tali pertunangan pada September lalu.

“Kawan-kawan saya semua tak expect… tiba-tiba saja saya beritahu nak kahwin, mereka terkejut. Kalau ikutkan, kawan saya dua orang nak kahwin tahun ini (2023) tapi tengok-tengok saya kahwin dahulu,” kongsinya.

Dua bulan mengikat tali pertunangan, Aunie dan suaminya selamat disatukan sebagai pasangan suami isteri pada 26 November lalu.

Wanita ini sendiri berkata dia sama sekali tidak menyangka bertemu jodoh dalam tempoh yang singkat.

“Selain betul-betul serius nak jadikan saya isteri, antara ciri-ciri dirinya yang buatkan saya terbuka hati adalah sifat tanggungjawab dia pada keluarga. Selebihnya, ia lebih kepada serasi. Rupa paras tu tak penting.

“Memang Tuhan permudahkan selepas kami decide nak kahwin. Mula-mula plan nak kahwin Januari 2023, tapi famili setuju untuk percepatkan. Alhamdulillah, persediaan majlis semua berjalan lancar.

“Saya sendiri tak sangka selepas share video dekat TikTok mengenai perkenalan kami, ramai beri komen positif malah terinspirasi nak cuba cari jodoh di laman sosial.

twitter 2

Selain sama-sama berasal dari Kedah, pasangan ini serasi kerana masing-masing sekepala.

“Dalam bab jodoh, tak salah kalau perempuan approach dulu. Kalau kita tak mula, sampai bila-bila tak tahu. Macam nak beli barang, kena kerja dan berusaha. Sama juga jodoh.

“Cuba saja apa jua cara, selain media sosial, boleh cara lain seperti minta kawan kenalkan atau sebagainya… asalkan berusaha,” katanya lagi.

Sehingga kini, perkongsian video Aunie di laman TikTok meraih lebih 345,000 jumlah tontonan.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Koleksi Viral

Sumber : https://www.mstar.com.my/

Apa Kata Anda?

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*