
Sejak kontroversi perkahwinan bekas jurulatih bola sepak popular, Datuk Zainal Abidin Hassan dengan penyanyi, Fyna Jebat, pasangan ini sering menjadi target warganet di media sosial.
Kongsi video lama
@nzaisyahhh throwback cs i miss having times like these with my family 🙁 ❤️ but for real though…. what does is it feel like to ruin a one big happy family?
Terbaru, anak kepada Zainal iaitu Zahira Aisyah merindui dengan suasana ceria keluarga tercinta sebelum kehadiran orang ketiga.
Bagaimanapun, Zahira mengakui sukar untuk kembalikan momen-momen manis seperti dulu.
Menerusi hantaran di TikTok, Zahira menggabungkan beberapa rakaman video bersama Zainal dan ibu, Datin Zalina Zaini serta adik beradik yang lain.
Dalam pada itu, gadis ini juga mempersoalkan bagaimana rasanya merosakkan sebuah keluarga besar yang bahagia?
‘Virtual tight’
Menjengah di ruangan komen, rata-rata wargamaya memberi kata-kata semangat kepada Zahira untuk menempuh dugaan Allah SWT.
Terdahulu, Zalina dan Fyna didakwa terbabit dalam satu pergaduhan di sebuah restoran di Seksyen 9, Shah Alam, baru-baru ini.
Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd. Iqbal Ibrahim mengesahkan mengenai kejadian itu selain memaklumkan kedua-dua pihak telah tampil membuat laporan polis.
Kes disi4sat mengikut Seksyen 160 Kanun Kes3ksaan (g4duh gempar) dan Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil (AKK) (Kelakuan tidak sen0noh di tempat awam).
Sumber: TikTok
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Koleksi Viral
Sumber : https://ohbulan.com/
Leave a Reply