
Doktor pak4r bed4h kelahiran Malaysia, Dr Amalina Che Bakri, 36, yang kini berkhidmat di London membanggakan rakyat Malaysia apabila namanya dipilih untuk mewakili negara selepas dijemput menghadiri majlis resepsi Raja Britain, Raja Charles III yang berlangsung di Istana Buckhingham, London baru-baru ini.
Difahamkan majlis itu diadakan bersempena merayakan komuniti masyarakat Inggeris Timur dan Asia Tenggara yang menetap di negara tersebut.
Amalina berkongsikan momen manis itu di laman Instagram miliknya, khas buat tatapan pengikutnya.
“Ia adalah satu penghormatan untuk bertemu Duli Yang Maha Mulia Raja Charles III dan Permaisuri, Camilla Parker Bowles pada majlis resepsi di Istana Buckingham, mewakili Malaysia.
View this post on Instagram
“Kali terakhir saya bertemu dengan Baginda ialah pada 2017 (baginda bergelar Putera Wales ketika itu), apabila baginda datang melawat Hospital Diraja London (tempat saya bekerja) selepas ser4ngan pengg4nas di London Bridge. Saya adalah salah seorang doktor dalam pasukan yang merawat m4ngsa.
“Saya berbesar hati dijemput untuk bertemu dengan ahli keluarga diraja dan meluaskan rangkaian berkenalan dengan orang lain daripada pelbagai lapisan masyarakat yang telah membuat sumbangan kepada komuniti mereka sendiri di United Kingdom (UK) dan juga di luar negara,” tulisnya di ruangan kapsyen.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen serta selebriti tanah air turut menzahirkan perasaan bangga dengan pencapaian Dr Amalina yang sering mengharumkan nama negara di mata dunia.
Komen Netizen:
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Koleksi Viral
Sumber : https://www.mediahiburan.my/
Leave a Reply