“Sampai Pakai Tuala Nak Lap H1ngus, Tak Tahan Asyik Meleleh Dan Air Mata Berair,” – Jue Aziz

Pelakon Jue Aziz mengucapkan terima kasih atas keprihatian peminat yang mendoakan kesembuhannya selepas mengalami gejala dem4m.

Menerusi satu hantaran di Instagram pada Ahad, Jue, 39, berkongsi keadaannya yang sedang bertuala di kepala dalam keadaan mata yang berair.

“Thanks guys, ramai yang DM (mesej) beri nasihat dan doakan kesihatan Jue. Sangat hargaibys. Semoga Allah membalas doa-dia yang baik untuk kalian semua, amin.

“Ramai DM cakap Influenza sekarang ini tengah musim. Rupa-rupanya ramai yang kena.

“Tengoklah Jue sampai pakai tuala nak lap hingus tak tahan asyik meleleh dan air mata berair,” tulisnya.

Pelakon filem Hantu Bonceng ini juga turut bertanya cara terbaik untuk tangani selesema kerana ia mengganggu pernafasannya.

“Nasib baik balik rumah mak. Dah mak kena layan kita macam bayi, memang tak larat nak buat apa apa dah. Makan semua dan deria rasa kadang tak boleh bau.

“Ramai nasihat kslau lebih tiga hari kena check. Okay esok check. Any tips for stop flu? Sebab tak boleh nak tidur kacau pernafasan kena nafas lalu mulut tu yang perit tekak,” luahnya lagi.

Dalam pada itu meninjau ke ruangan komen, rata-rata pengikutnya mendoakan kesihatan Jue kembali seperti biasa.

Terdahulu menerusi Insta Stories, Jue turut memberitahu dia turut alami batuk dan sakit tekak.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Koleksi Viral

Sumber : https://www.mediahiburan.my/

Apa Kata Anda?

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*