
Nama pelakon Miera Liyana menjadi panas selepas madunya, Adibah Abdul Mutalib, mended4hkan suami, Rosland Othman menyekat nombor telefon serta culas menunaikan bayaran nafkah kepada keluarga.
Kesian bini pertama
Susulan pembongkaran itu, akaun Instagram (IG) Miera telah dibanjiri komen netizen yang menggesanya untuk menasihati Rosland agar bersikap adil dengan keluarga pertama.
Ada juga segelintir yang baru mengetahui bahawasanya aktres berumur 30 tahun ini sebenarnya adalah isteri kedua.
Hasil pemerhatian OhBulan!, rata-rata warganet meninggalkan komen di foto percutian Miera bersama suami dan anak perempuan, Rachel Aisyah, ketika di Austria.
Sis perhati saja netizen
Sementara itu, menerusi Instagram Stories, pemilik nama Miera Leyana Kasmi dilihat memuat naik klip video pendek ketika berlakon dalam telefilem komedi Peah Singa yang ditayang pada tahun 2017.
Dalam hantaran tersebut, anak kelahiran Johor Bahru ini seakan memberi amaran kepada netizen yang sudah menyerang akaun miliknya sejak Sabtu lalu.
Hasil pemerhatian OhBulan!, Miera juga bertindak menutup ruangan komen pada entri yang dimuat naik pada 9 Januari lalu.
Sebelum ini, Adibah mendakwa Rosland tidak lagi melayannya seperti seorang isteri sejak berkahwin dengan Miera pada 26 Julai 2020.
Untuk info, Miera berkahwin dengan Rosland yang merupakan seorang usahawan di sebuah hotel terkemuka di ibu kota.
Sumber: Instagram
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Koleksi Viral
Sumber : https://ohbulan.com/
Leave a Reply