
Di saat kita merasakan yang kita lengkap mempunyai segalanya, ada insan lain yang diuji dengan seribu keperitan dan kepayahan. Diuji tidak punya apa-apa dan hanya ada sebiji kereta untuk memudahkan pergerakan namun harta itu pun habis terbakar.
Sedang diuji dengan ketiadaan kerja tetap, seharian hidup dengan mencari rezeki dengan mencari sayur di hutan selain menangkap ikan kijin untuk dijual, dirinya juga menjaga ibu yang lvmpuh namun dengan ketiadaan kenderaan ini sudah pasti memeritkan lagi kehidupan mereka selepas ini.
Sebuah video telah tular di media sosial apabila rakaman itu telah memaparkan seorang wanita yang diuji pada 23 Januari lalu, apabila proton Waja harta peninggalan ayahnya itu telah terb4kar ketika mencari ikan untuk dijual di dalam kebun kelapa sawit pada 23 januari lalu.
Kedengaran esak tangis mereka yang menyebut “kita dah tak ada apa-apa lagi mak”. “Kita dah tak ada harta mak” berulang kali dalam rakaman video berkenaan mengundang gulana di hati warganet yang sedih kerana itu adalah satu-satunya kenderaan mereka yang ada untuk semua jenis urusan menjana pendapatan.
Video:
@kakwatikeladi kereta terbakar di dalam sawit. tarikh sebenar kejadian 23/1/2023 jam 3.30 lokasi lombong pulau sebelah dgn lombong belah jalan baru bidor – sungkai pemilik wan suriawati (nama fb/insta) kronologi. nak balik start enjin mula kluar asap nampak percikan api dr bwh kereta. mak dlm kereta lumpuh. anak rtahun tdur dikrusi blkg. heret mak kluar dr kereta. kereta mula gostan sndiri bersama ank kecik yg tidur. letak mak lari ambil anak dlm kereta. api mulai marak. punca minyak naik kat coil ape ntah masuk dlm sawet tu sbb ade lombong. sy bekerja sbg nelayan darat. cr hasil hutan. jd mmg kelombong2 sungai2 hutan2 paya2 utk buat jual.
♬ sape guna tanpa izin xbaik tau. tu mencuri hak – wan suriawati
@kakwatikeladi
Ketika diterjah ke ruangan komen, rata-rata warganet bersimpati dengan apa yang menimpa keluarga mereka dan berharap supaya m4ngsa yang terlibat bersabar dengan dugaan yang menimpa.
Komen Netizen:
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Koleksi Viral
Sumber : https://www.tiktok.com/@kakwatikeladi
Leave a Reply