
Sejak mendirikan rumah tangga pada bulan Disember tahun lalu, nama Da’i Syed dan isterinya, Hana Ismail sering menjadi perbualan netizen berikutan sikap romantik yang ditunjukkan oleh mereka di media sosial.
Suka menari
Menerusi sebuah video temu bual bersama Media Hiburan, Hana memberitahu suaminya seorang yang manja. Tambah Hana, suaminya tidak suka berkeseorangan. Bukan itu sahaja, pendakwah tersebut sangat suka menari pelbagai jenis tarian.
Ujar Hana, dia boleh menghafal beberapa gerakan khas yang diajar oleh suaminya. Bercerita lebih lanjut, Hana berkata suaminya suka tersenyum selepas bangun daripada tidur.
Menurut Da’i Syed pula, Hana seorang isteri yang sangat bertanggungjawab, prihatin dan cekap dalam menjaga kebajikan suami. Jelasnya lagi, Hana seorang yang penyabar sepanjang mereka mendirikan rumah tangga.
View this post on Instagram
Menjengah di ruangan komen, rata-rata netizen berdoa agar jodoh pasangan ini berkekalan buat selama-lamanya. Netizen turut memberi pesanan kepada Hana dan Da’i Syed agar tidak terlalu menunjuk-nunjuk kebahagiaan mereka di media sosial. Ini kerana, usia perkahwinan mereka masih baharu lagi.
Komen Netizen:
Sumber : Media Hiburan
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Koleksi Viral
Sumber : https://ohbulan.com/
Leave a Reply