Ali Puteh Setuju Bayar Rm60,000 Guna Duit Sendiri, Tapi Secara Ansuran

Sebelum ini, balu Allahy4rham Abam Bocey, Siti Norhidayah Mohd Ali meminta pelawak, Ali Puteh untuk mempercepatkan bayaran sebanyak RM60,000 setelah mengeluarkan kata-kata mengaibkan Hidayah pada dua tahun lalu.

Setuju bayar secara ansuran

Menurut Ali, proses pembayaran berkenaan masih dalam perbincangan antara peguamnya serta peguam Hidayah.

Saya sudah memberitahu peguam bahawa saya bersetuju membuat bayaran ansuran kepada balu arw4h dengan duit saya sendiri.

Peguam saya juga sudah menghantar surat mengenai perkara itu kepada peguam balu arw4h tetapi pihak mereka masih belum memberi maklum balas berkaitan bayaran ansuran itu.

Apabila ditanya mengenai kunci rumah arw4h Abam seperti yang diminta Hidayah, pelawak berusia 34 tahun itu mengatakan bahawa dia tidak boleh menyerahkan kepada wanita terbabit kerana rumah berkenaan masih berada dalam kes tuntutan faraid.

Hidayah yang menguruskan tuntutan faraid membabitkan pembahagian harta arw4h dan ia masih belum selesai.

Nafi rumah dalam keadaan terbiar

Bukan itu sahaja, Ali turut menafikan d4kwaan Hidayah yang mengatakan bahawa rumah tersebut berada dalam terbiar.

Ujarnya lagi, rumah terbabit dijaga oleh adiknya yang tinggal untuk sementara waktu sehingga kes tuntutan faraid selesai.

Saya kesal bila dia membuat hantaran video dan membvrukkan nama saya dan keluarga. Sudah tiga tahun arwah Abam men1nggal dunia dan baru sekarang dia datang nak tengok keadaan rumah?

Dia datang ke rumah Abam dengan dua kereta bersama peguam secara mengejut dan tidak memaklumkan perkara itu kepada saya mahupun peguam.

Rumah tidak berkunci pun dan dia datang pada hari kami keluar bekerja dan mend4kwa kami tidak melayannya? Sedangkan rumah kakak saya hanya di belakang rumah itu.

Sumber : Harian Metro

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Koleksi Viral

Sumber : https://ohbulan.com/

Apa Kata Anda?

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*