“Dia Punya Toilet Boleh Main Lari-Lari” – Ramai Teruja Tengok ‘House Tour’ Nabila Razali Yang Mewah

Baru-baru ini, penyanyi dan pelakon Nabila Razali ada berkongsikan video TikTok ‘house tour’ menunjukkan kediaman baharu yang dibelinya menggunakan hasil penat lelahnya sepanjang bergelar anak seni.

Menerusi video tersebut, Nabila, 31, membawa peminat menjelajah ruang dalaman seperti dapur, ruang tamu, bilik tidur serta bilik air.

Video:

@calonmenantucikkiah

Cantiknya rumah Nabila Razali. #housetour #NabilaRazali #rumahNabilaRazali #fypdongggggggg #fypage #fypシ゚viral #foryou #fyppppppppppppppppppppppp #RombonganCikKiahKeAJL #KeranaCintaItuAda #SelagikuAda Video : IG Rekaliving

♬ original sound – Mira Menantu Cik Kiah – Mira Menantu Cik Kiah

@calonmenantucikkiah

Sambungan house tour rumah Nabila Razali. Btw video ini dari interior design Rekaliving. #NabilaRazali #housetourNabilaRazali #fypdongggggggg #fypage #fypシ゚viral #RombonganCikKiahKeAJL #fypage #fypシ゚viral #fyp #KeranaCintaItuAda #rumahNabilaRazali

♬ I Love You 3000 II – Stephanie Poetri, Jackson Wang

Serba putih, kediaman banglo dua tingkat diberikan sentuhan ‘renovation’ mengikuti citarasa penyanyi lagu Pematah Hati itu.

Menjengah di ruangan komen, rata-rata peminat menzahirkan keterujaan mereka dengan rumah Nabila yang dihias serba cantik dan kemas.

Komen Netizen:

Sambil membawa penonton ‘meneroka’ mahligainya itu, Nabila turut menjawab beberapa soalan spontan yang ditanyakan kepadanya termasuk beberapa fakta mengenai dirinya yang mungkin tidak diketahui peminat.

“Pertama saya ni pemalu orangnya… kedua, saya jarang mar4h dan memang tak pandai marah orang.

“Yang ketiga, saya seorang penakut level dewa dan saya pandai jahit baju kurung, siapa nak baju raya, boleh tempah (dengan saya),” kata Nabila berselor0h.

Nabila memulakan perjalanan dalam bidang seni dengan menyertai program realiti Akademi Fantasia musim ke-10 pada tahun 2013.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Koleksi Viral

Sumber : https://www.mediahiburan.my/

Apa Kata Anda?

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*