Tular video mak andam hembus asap rokok pada wajah pengantin, Oh rupanya ada sebab!

Baru-baru ini tular satu video di media sosial menunjukkan tindakan seorang mak andam menghembus asap rokok pada wajah seorang pengantin yang telah bersolek dan lengkap berpakaian pengantin.

Pengantin ‘tadah’ muka

Video itu telah mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang tertanya-tanya apakah tujuan tindakan mak andam tersebut berbuat demikian.

Walaupun video dari Indonesia itu dimuat naik pada tahun 2020 namun ia kembali tular selepas ramai yang mengec4m tindakan mak andam tersebut kerana menghembus asap rokok ke wajah pengantin.

Bukan itu sahaja, tindakan pengantin perempuan yang turut ‘menadah’ muka sewaktu dihembus asap itu juga mengejutkan warganet sehingga ada yang bertanya tentang simbolik perbuatan tersebut.

Rupanya tradisi orang Jawa

Sekadar gambar hiasan

Menurut Profesor Sains Kebudayaan dari Universiti Sebelas Maret (UNS) Surakarta, Profesor Dr. Bani Sudardi M. Hum, difahamkan amalan itu merupakan tradisi kebudayaan masyarakat kaum Jawa terutamanya di Indonesia.

Difahamkan, perbuatan itu dipanggil sebagai ‘sembogo’ dan ianya merupakan sejenis ritual doa atau mantra yang dibuat untuk memberi perlindungan kepada pengantin perempuan.

Perkataan ‘sembogo’ itu sendiri membawa maksud daripada warna kulit Jawa ideal yang berwarna kuning keemasan kerana mengikut tradisi mereka, warna kulit yang cantik adalah hasil campuran emas dan juga tembaga.

Malah, amalan menghembus asap rokok ke wajah pengantin dipercayai dapat menaikkan lagi seri wajah dan mencantikkan muka mereka sepanjang majlis perkahwinan berlangsung.

Sumber: Tribun News

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Koleksi Viral

Sumber : https://ohbulan.com/

Apa Kata Anda?

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*