[VIDEO] “Hobi yang tiada jalan keluar” – Hairul Azreen layankan permintaan yusuf nak mancing ikan

Musim cuti sekolah kini ramai yang memilih untuk meluangkan masa bersama anak-anak dengan melakukan pelbagai aktiviti. Ini termasuklah selebriti yang memiliki anak-anak.

Terbaharu seorang pelakon aksi popular, Hairul Azreen berkongsikan satu video dirinya meluangkan masa bersama anak sulungnya, Yusuf. Dalam rakaman tersebut turut dipaparkan kelibat pelawak terkenal, Achey bersama anak selebriti tersebut.

Nampaknya kedua-dua selebriti ini mengajar Yusuf berjinak-jinak belajar memancing di kolam ikan. Apa yang lebih menerujakan adalah Yusuf berjaya membawa naik ikan dari kolam berkenaan hasil memancing tersebut.

Berikut adalah perkongsian rakaman Yusuf belajar memancing dapat ikan besar buat bapanya, Hairul Azreen dan Achey teruja yang dimuat naik menerusi akaun TikTok miliknya:

Rakaman aksi si cilik ini telah meraih hampir sejuta tontonan dan ratus ribu likes. Terbaiklah Yusuf, kecil lagi dah pandai cari hobi sendiri.

Video:

@hairul_azreen88

Thank you @acheykintangkintung Layankan permintaan anak aku Yusuf nak rasa mancing tu mcm mana😉

♬ For movie / picture / action / suspense – G-axis sound music

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warganet terhibur menyaksikan gelagat Yusuf ini. Malah ada juga yang meninggalkan reaksi Yusuf akan menemani bapanya memancing di atas bot lain kali.

Selain itu ada juga warganet mempertikaikan mesin pancing yang digunakan oleh si cilik ini berbeza masa dapat ikan dan bila tangkapan dinaikkan. Berikut antara reaksi ramai yang ditinggalkan di ruangan komen ini:

Komen Netizen:

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Koleksi Viral

Sumber : https://syor.com/

Apa Kata Anda?

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*