Monyet yatim piatu tumpang kasih ibu kucing… Pekebun ‘groom’ sampai jadi model pakaian haiwan, bakal sibuk photoshoot raya!

PERTEMUAN yang tak disangka-sangka.

Begitulah kisahnya mengenai seorang pekebun dari Johor, Mohd Muzamir Roslan, 30, yang menyelamatkan tiga ekor monyet di Sungai Besi, Kuala Lumpur, sekitar Ogos tahun 2021.

Menurut Amir, dia cuba untuk untuk mer4wat ketiga-tiga monyet yang cedera akibat dil4nggar kenderaan, namun hanya seekor daripada haiwan itu yang masih hidup dan dijaga olehnya.

aby4

Aby diselamatkan oleh Amir ketika ia terlibat kemal4ngan pada tahun 2021.

“Saya ada perjumpaan di Sungai Besi. Ketika lalu kawasan perkampungan, saya lihat ada keluarga monyet yang dil4nggar. Tiada orang selamatkan, maknanya dah berkali-kali kena l4nggar.

“Jadi saya buat U-turn dan terus ambil ketiga-tiganya. Malangnya, dua ekor monyet m4ti dalam masa beberapa jam kemudian. Hanya si anak yang masih kecil berjaya diselamatkan.

“Anak monyet itu kini hidup dalam jagaan saya. Saya gelarkannya sebagai Aby. Di rumah saya, Aby membesar dengan kucing, Aby tumpang kasih ibu kucing. Sampai besar dia baik dengan kucing,” ujarnya.

Biarpun Aby dibela di rumahnya, Amir berkata dia cuba menyediakan kehidupan terbaik agar haiwan itu dapat menyesuaikan diri dengan habitat asalnya.

“Memang saya bela Aby di rumah, tapi saya sediakan tempat untuk latih kehidupan liarnya. Saya buat sangkar besar. Biasanya Aby juga akan ikut saya ke kebun. Aby tak pandai petik kelapa, tapi pandai cari siput sedut.

“Apabila bawa ke kebun, ramai yang nak jaga dia. Kalau tak bawa ke tempat kerja, Aby duduk dalam sangkar. Tapi lepas saya balik kerja, Aby pun akan masuk dalam rumah, tidur pun dalam rumah.

“Kehadiran Aby banyak memberi keceriaan. Dah sayang macam keluarga sendiri. Saya tak akan lepaskan Aby ke hutan, tapi saya akan ajar Aby macam mana habitat asalnya,” ujar Amir lagi.

Biarpun masih bujang, Amir tidak kekok menjaga Aby, namun dia tidak menyarankan orang ramai untuk mengikuti jejak langkahnya.

“Kalau orang tanya mengenai bela monyet, saya sarankan tak payah bela. Ia sangat susah sebenarnya untuk kita bela. Monyet merupakan haiwan buas.

aby3

Aby bersama kucing yang menjadi penemannya.

“Nak sampai tahap macam Aby, ia memerlukan pengorbanan masa dan tenaga. Sanggup ke tidak? Biasanya ramai yang tak sanggup.

“Tapi Aby ni lain, tak sama macam monyet di luar sana. Aby dengar cakap. Biasanya monyet tak dengar cakap, tapi Aby ni ajaib,” ujar Amir lagi.

amir5

Amir berkata hidupnya kini lebih ceria dengan kehadiran Aby.

Dalam pada itu, Aby juga meraih populariti luar biasa sehingga mengumpul hampir 100,000 pengikut di aplikasi TikTok.

Menurut Amir, Aby menerima tawaran untuk menggayakan koleksi pakaian monyet dari Indonesia selepas video yang dikongsikannya tular sehingga ke negara seberang.

aby2

Aby memiliki lebih 100 helai pakaian.

“Sejak Aby masih bayi saya suka kongsi video di TikTok, sekarang umur Aby pun dah setahun enam bulan. Dulu saya pernah beli baju monyet dari Indonesia, kemudian pengeluar baju di sana offer nak bagi baju buat Aby.

“Mereka minta kami buat video untuk promote. Tak lama lagi nak raya, akan ada photoshoot baju raya pula. Baju Aby setakat ni yang saya kira, ada lebih 100 helai,” ujar Amir berseloroh.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Koleksi Viral

Sumber : https://www.mstar.com.my/

Apa Kata Anda?

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*