Pernah diisytihar sebagai aset, Syed Saddiq umum kucingnya Toby ‘pergi’ mengejvt

AHLI Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman pada Selasa memaklumkan bahawa kucing kesayangannya, Toby telah m4ti.

Melalui satu hantaran di laman Instagram miliknya, Syed Saddiq memberitahu Toby meninggalkannya secara mengejut.

“Toby, kucing kesayangan saya telah pergi meninggalkan kita. Sangat mengejut. Sangat sedih.

“Saya rindu dia sangat. Terima kasih kerana sentiasa ada bersama saya ketika masa yang sukar.

“Semoga Toby dapat berehat dengan tenang di ‘Syurga Kucing’,” tulis Syed Saddiq pada ruangan kapsyen hantarannya.

Presiden Parti Ikatan Demokratik Malaysia (Muda) itu bagaimanapun tidak menyatakan secara terperinci butiran lain mengenai kem4tian Toby.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Syed Saddiq (@syedsaddiq)

Pada November tahun lalu, Syed Saddiq pernah mengiystiharkan Toby dan seekor lagi kucingnya iaitu Meow Meow sebagai sebahagian daripada asetnya.

Pengiystiharan itu merupakan persediaan calon untuk bertanding dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Bekas Ketua Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada) itu dikatakan mempunyai harta dengan nilai aset bersih sebanyak RM1.9 juta.

Rata-rata warga maya membanjiri ruangan komen Instagram Syed Saddiq dengan ucapan takziah kerana Toby dianggap sebagai sebahagian daripada keluarganya.

Komen Netizen:

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Koleksi Viral

Sumber : https://www.mstar.com.my/

Apa Kata Anda?

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*