[VIDEO] “7 tahun bukan singkat, tapi inilah takdir tuhan” – Lelaki Hadiri Majlis Kahwin Ex Pakai Maskot Ninja Turtles

“Manusia hanya mampu merancang, Allah yang menentukan.”

Begitulah pepatah yang sesuai digunakan kepada seorang lelaki ini apabila hubungan yang dibina bersama kekasih hati selama ini telah musnah di pertengahan jalan.

Lebih menyedihkan, apabila wanita tersebut telahpun melangsungkan perkahwinan bersama pilihan barunya.

Menerusi hantaran video yang dimuat naik di laman TikTok akaun @encik_dobi, lelaki terbabit mendapat undangan untuk menghadiri majlis perkahwinan bekas kekasihnya.

Lelaki datang majlis kahwin Ex pakai maskot Ninja Turtles

Bagaimanapun, dia muncul di majlis tersebut dengan memakai maskot kartun Ninja Turtle dipercayai agar wanita terbabit tidak menyedari kehadirannya.

Dalam video sama, kelihatan orang ramai mengambil gambarnya yang berada bersebelahan dengan pengantin perempuan itu.

“7 tahun bukan waktu yang singkat. Tapi ini lah takdir Tuhan. Putus tanpa sebab dan ini penghujung kisah kita,” tulisnya dalam video.

Menurut pemilik video itu lagi, penyamaran yang dilakukannya berjaya sehinggalah majlis tersebut selesai.

Video:

@encik_dobi

Tanda HADIR ✅ undangan walimatulurus EX🙂🙂 #fypシ #fyppppppppppppppppppppppp #majliskahwin #tiadajodoh #perancanganallahlebihbaik #srikandisurprise

♬ Dj Tiktok Viral Terbaru 2022 – Yandi Biansyah

Tambah lelaki ini, antara momen yang paling sebak semasa berada majlis tersebut adalah ketika bertemu dengan ibu dan bapa pengantin perempuan terbabit.

“Paling tak kuat masa ni. KIta dah macam family sendiri selama ni, maaf datang dengan cara macam ni. Terima lah hadiah perkahwinan yang tak seberapa ini.”

Menjengah di ruangan komen, rata-rata pengguna media sosial turut berasa sedih melihat nasib lelaki terbabit selain memanjatkan doa agar dia terus diberi ketabahan dan dipertemukan dengan jodoh yang sesuai.

Tidak hanya itu, segelintir netizen juga dilihat turut berkongsi pengalaman sama yang dilalui mereka bersama bekas pasangan dahulu.

Komen Netizen:

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Koleksi Viral

Sumber : https://infoslikemedia.com/https://infoslikemedia.com/

Apa Kata Anda?

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*