
Terdahulu, nama pelakon kacak berkulit hitam manis Remy Ishak hangat menjadi bualan ramai apabila sifatnya yang peramah tidak berkira membantu pasangan pelancong di Tasik Cermin mengambil gambar.
Sudahlah terkenal, rendah diri pula dengan orang ramai membuatkan peminat mahupun sebaliknya kagum dan terharu melihat Remy.
Beberapa hari lepas, tular lagi satu rakaman di TikTok memaparkan seorang peminatnya @byran.my, ‘cair’ selepas terserempak dengan hero Malaya kegemaran ramai itu.
Menerusi video yang dikongsi, wanita berkenaan berada di dalam kereta, kebetulan memarkir kereta berdekatan kenderaan pelakon itu.
Dia yang teruja melihat Remy di depan mata terus melambai kepada aktor tersebut. Lebih mengujakan, lambaiannya dibalas dengan senyuman!
“Terkejut kita tiba-tiba ‘kanda’ depan mata,” tulis wanita berkenaan di ruangan kapsyen.
Setakat artikel ini ditulis, video tular itu berjaya meraih jumlah tontonan sehingga 357.3 ribu serta mendapat 7286 tanda suka!
Video:
@byran.my Terkejut kita tiba tiba “kanda” depan mata 😂 #remyishak
Ketika meninjau ke ruangan komen, rata-rata memberikan respons senang melihat artis yang mesra dengan peminat dan sporting seperti Remy.
Komen Netizen:
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Koleksi Viral
Sumber : https://infoslikemedia.com/
Leave a Reply