
Sebut nama Jebat Jayden, ramai yang mengenali anak lelaki pelakon Sharnaaz Ahmad dan bekas isterinya, Noor Nabila. Anak lelaki kesayangan kepada pelakon Sharnaaz ini sebenarnya lagi popular dari babanya itu.
Walaupun masih kecil tetapi Jebat mempunyai peminatnya yang tersendiri dan ramai yang suka melihat telatah comel Jebat. Setiap hari banyak telatah comel yang dikongsi oleh ibu dan babanya di media sosial.
Baru-baru ini, sebuah rakaman video telatah Jebat yang telah dikongsikan oleh ibunya iaitu Noor Nabila apabila Jebat membacakan Talbiah dengan teraturnya seperti seorang yangbsudah meningkat dewasa. Hebat betul Jebat walaupun masih kecil tetapi sudah menghafal doa-doa dan diajarkan membaca Al-Quran.
Setelah balik dari tanah suci menunaikan Umrah bersama ibunya, Jebat makin menjadi anak yang soleh dan ibunya juga akan memastikan yang Jebat mendapat segala didikan agama yang sempurna. Walaupun jebat masih kecil tetapi sudah dibentuk dengan didikan agama Yang mencukupi dari keluarganya.
View this post on Instagram
Apabila melihat di ruangan komen pula, rata-rata warganet meninggalkan komen positif iaitu memuji kecerdikan Jebat dan juga komen “cute “ pada ruangan komen apabila melihat video itu.
Komen Netizen:
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Koleksi Viral
Sumber : https://www.instagram.com/jebatjayden/
Leave a Reply