“Hanya Dia Sahaja Lelaki Dalam Hidup Adiknya,” – Ibu Syamsul Yusof Puji Syaikhul Pandai Jaga Sumayyah

Ibu kepada pengarah Syamsul Yusof, Datin Patimah Ismail hari ini berkongsikan luahan hatinya mengenai cucu lelakinya, Syaikhul Islam yang merupakan anak sulung kepada Syamsul dan Puteri Sarah Liyana.

Menerusi perkongsian di Insta Story, Patimah memuat naik gambar Syaikhul mencivm kepala serta berpelvkan dengan adik perempuannya, Sumayyah di sebuah pusat peranginan.

Isteri kepada Datuk Yusof Haslam itu memuji Syaikhul yang disifatkannya cukup pandai menjaga adiknya sepanjang kehidupan mereka berdua.

“Syaikhul seorang abang yang menjaga adiknya, Sumayyah dengan baik kerana (Syaikhul) tahu, hanya dia sahaja lelaki dalam hidup adiknya,” tulis Patimah.

Terdahulu, Sarah mended4hkan ibu mentuanya menawarkan diri menjadi pencelah dan saksi membabitkan krisis rumah tangganya bersama Syamsul.

Menurut Sarah, Patimah menghubunginya bagi menawarkan kesudian memandangkan dia lebih tahu kemelut yang berlaku sepanjang tempoh krisis berkenaan susulan dakwaan Syamsul mengatakan Sarah nusyuz dan keluar rumah tanpa izin pengarah tersebut.

Untuk info, Sarah dan Syamsul mendirikan rumah tangga pada 8 Mac 2014 dan hasil perkahwinan, pasangan itu dikurniakan dua cahaya mata iaitu Syaikhul Islam, 6, dan Sumayyah, 4 tahun.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Koleksi Viral

Sumber : https://www.mediahiburan.my/

Apa Kata Anda?

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*