[VIDEO] Mer3ngek Nak ‘Kakak’ Padahal Dia Anak Sulung, Anak Kecil Ini Buat Ibunya ‘Merind1ng’ Tapi Rupa-Rupanya… – infoslikemedia

Dalam proses menjaga anak kecil, pasti ada sahaja karenah dan gelagat mereka yang lucu sehingga mampu membuatkan kita tertawa.

Walau bagaimanapun, kadangkala karenah mereka itu boleh juga membuatkan kita tiba-tiba berasa ser4m sejuk!

Sama seperti kisah yang tular baru-baru ini di mana seorang anak kecil mer4ung secara tiba-tiba meminta ‘kakak’ sedangkan dia merupakan anak sulung terus membuatkan ibunya merinding.

Munirah Ismail yang merupakan ibu kepada anak kecil berusia tiga tahun dan lima bulan itu menyatakan bahawa kejadian tersebut berlaku baru-baru ini ketika anaknya itu sedang mengalami dem4m pan4s.

Difahamkan, anaknya yang bernama Nur Amyra Mikayla Amir atau Mikayla bukan pertama kali menyebut ‘kakak’ ketika berada di rumah.

“Banyak kali anak saya ni membahaskan dirinya ‘kakak’ ketika di rumah. Dia bahasakan ‘kakak’ tu ketika bermain dengan anak patung dia.

“Tapi pada hari itu dia tak pegang permainan melainkan main game di telefon. Tiba-tiba dia men4ngis nak kakak, saya terkejut ‘kakak’ mana pula ni?” katanya.

Pada awalnya, Munirah menyangka anaknya itu mungkin berkelakuan sedemikian dek dem4m pan4s yang dihidapnya.

“Mikayla sebelum ini pernah sakit, demam sampai cakap benda-benda meng4rut. Jadi, ingatkan dia sebut ‘kakak’ sebab ilusi dia.

“Masa tu siang, tapi kalau malam dia tiba-tiba cakap macam tu jadi seram juga. Mungkin ‘hijab’ dia belum tertutup,” terangnya lagi.

Tetapi sebenarnya bukan itu yang disebutkan Mikayla!

Rupa-rupanya, Mikayla menyebut ‘geger’ yang merujuk kepada burger di sebuah restoran makanan segera, bukannya ‘kakak’.

“Mula-mula dengar memang tak dapat ‘tangkap’. Hanya dengar ‘kakak’, apabila anak dah mula buka telefon dan tunjuk iklan burger di skrin barulah saya tahu.

“Anak saya memang tak boleh nampak makanan segera logo M, pasti dia akan minta nak makan,” jelasnya.

Setelah menunjukkan video tersebut kepada suaminya yang sedang bekerja, Munirah dan anaknya telah pun menerima makanan yang disebutkan itu menerusi servis penghantaran makanan kira-kira 30 minit kemudian.

“Ayah dia pun pada mulanya tak boleh ‘tangkap’. Memang dengar ‘kakak’ sampailah tengok iklan tu. Ayah terus order untuk penghantaran ke rumah,” ulasnya.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by mStar (@mstaronlineofficial)

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Koleksi Viral

Sumber : https://infoslikemedia.com/

Apa Kata Anda?

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*